fbpx

‘Tolak babak panas, berbikini, saya tak sanggup!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA: Berprinsip, pelakon jelita, Anna Jobling pernah menolak tawaran  membintangi drama di Indonesia kerana enggan melakonkan babak panas.

Menurut Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 25, dia pada mulanya bersetuju untuk membintangi drama tersebut namun terpaksa menarik diri selepas mendapati ada adegan panas dalam skrip.

“Bila saya baca skrip saya dapati ada babak yang tidak sesuai untuk saya lakonkan. Saya pun tak selesa dengan babak tersebut. Biarpun drama tersebut bertemakan Islamik, ada beberapa babak panas.

“Saya tak sanggup, lebih baik beri sahaja watak tersebut kepada pelakon lain yang sanggup buat.

“Saya seorang yang percaya kepada rezeki. Mungkin saya tak dapat buat drama tersebut, mungkin juga ada rezeki lain untuk saya,” katanya ketika ditemui di Majlis Iftar Bersama Anna Jobling, di sini, semalam.

Tambah finalis Pencarian Dewi Remaja 2019 itu lagi, dia tetap akan menolak melakonkan babak panas biarpun ditawarkan dengan bayaran lumayan.

“Saya sudah tetapkan syarat-syarat apa yang saya boleh buat dan apa yang boleh pakai. Pastinya ‘no’ bikini atau baju yang terlalu seksi.

“Saya lebih selesa dengan pakaian yang sopan. Sebab dalam kehidupan seharian saya pun saya lebih gemar berpakaian sopan.

“Sejujurnya saya kurang selesa jika harus berpakaian seksi di set penggambaran,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anna bakal muncul dengan dua filem tahun ini dan drama lakonannya bersama Hun Haqeem, Honey Minta Maaf sedang ditayangkan di saluran Astro Ria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI