fbpx

Lelaki ditahan tumbuk pelajar hingga patah hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar cedera selepas ditumbuk seorang lelaki gara-gara berselisih faham di atas jalan raya.

KAJANG – Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun ditahan selepas memukul seorang pelajar sekolah menengah dalam satu perselisihan faham di jalan raya berhampiran Saujana Impian di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada pukul 9.24 malam yang memaklumkan dipukul suspek kira-kira pukul 2.15 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan selisih faham antara kedua mereka. Mangsa mengalami kecederaan retak tulang batang hidung akibat dipukul dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

“Pemeriksaan juga mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan saman trafik,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata, suspek yang merupakan penasihat agensi pelancongan berjaya ditahan pada pukul 9.50 malam bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Chalart Cinda Eh Nem di talian 017-9825510 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang pelajar cedera selepas ditumbuk berkali-kali oleh seorang pemandu gara-gara berselisih faham ketika di atas jalan raya.

Melalui satu hantaran dikongsi di Facebook Kamarul Mansor, kejadian itu berlaku selepas solat Jumaat di Saujana Impian, Kajang, tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI