fbpx

Jangan curi wang rakyat, simpan di rumah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Dato’ Alauddin, Selinsing di Bagan Serai, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

BAGAN SERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan para pemimpin negara agar tidak mencuri wang rakyat dan menyimpannya di rumah.

Beliau berkata, negara akan rosak sekiranya mana-mana pemimpin bergelar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berhasrat untuk mengayakan diri mereka sendiri.

“Saya tidak ambil gaji sebab apa? Saya nak tunjukkan bahawa bukan semua menteri cari duit. Gaji itu hak dan kalau orang ambil gaji itu haknya.

“Tetapi jangan curi simpan di rumah-rumah lain. Jadi Perdana Menteri, jadi Menteri Kewangan kerjanya nak kayakan diri. Tak boleh,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Dato’ Alauddin, Selinsing di sini hari ini.

Anwar berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau berdendam adalah tidak benar memandangkan dirinya kini sudah menjadi Perdana Menteri dan mempunyai tanggungjawab besar.

“Ada orang kata ini pasal dendam dan marah. Dendam apa? Saya sudah jadi Perdana Menteri, nak bergaduh apa lagi. Tanggungjawab saya nak jaga duit rakyat ini, balik kepada rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI