fbpx

Kongsi Berkat Bubur Lambuk Media Mulia, Mahsuri di USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Tajudin Idris (sembilan kiri) diiringi oleh Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd, Mohamad Azlan Jaafar (lapan kiri) dan Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Sharifudin Md Shaarani (sepuluh kiri) bergambar bersama wakil kakitangan yang menyertai program Kongsi Berkat Bubur Lambuk di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM, Nilai, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID

SEREMBAN – Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang) bersama Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) mengedarkan sebanyak 1,000 bubur lambuk percuma kepada warga kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan komuniti sekitar di Pusat Islam USIM, Nilai di sini, hari ini.

Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk yang dilaksanakan itu turut mendapat kerjasama Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM.

Edaran pek bubur lambuk yang turut diisi satu botol Kicap Manis Pedas Mahsuri Dagang itu adalah sebahagian usaha menyemarakkan bulan Ramadan disamping melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang diamalkan setiap tahun bagi membantu golongan yang memerlukan.

Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri Dagang, Datuk Ahmad Tajudin Idris berkata, program ini merupakan tahun keempat pihaknya bersama Media Mulia dan kali ini memilih menyantuni warga kampus dan golongan akademik untuk pelaksanaan program terbabit.

“Peluang yang baik di bulan Ramadan ini kami ambil bagi mengeratkan silaturahim.

“Bagi Mahsuri sendiri, kami konsisten dalam melaksanakan program CSR sebegini pada setiap tahun bagi menggandakan lagi nilai serta sumbangan supaya dapat dikongsikan dengan rakyat,” katanya selepas menyempurnakan pengedaran bubur lambuk di Pusat Islam USIM di sini, hari ini.

Beliau berkata, penglibatan pihak-pihak industri tidak dapat dinafikan akan menganjakkan lagi program CSR sebegini dalam membantu golongan memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI