fbpx

Pemilik kolam tembak budak curi-curi memancing ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOLAM ikan milik SMT. - Foto Detikcom

JAKARTA – Seorang budak lelaki ditembak oleh seorang usahawan kerana dia ‘curi-curi’ memancing ikan di kolam ahli perniagaan itu di Ponorogo, Jawa Timur, lapor portal berita detikjatim kelmarin.

Usahawan dikenali dengan nama SMT itu mengaku kesal selepas menembak Alif berusia 12 tahun dengan selaras senapang angin.

Budak itu memancing bersama rakan-rakannya di kolam ikan milik SMT.

SMT kini ditangkap polis.

Dia menyatakan bahawa semua ikan keli miliknya yang dipelihara itu untuk dijual sering hilang.

“Sering dicuri. Sudah sering diberitahu jangan memancing di sini,” kata SMT kepada wartawan.

Ketua Polis tempatan, Nanang Budianto berkata, ada lima budak yang memancing di kolam itu.

Nanang berkata, budak itu kini dirawat di Hospital Muslimat dengan peluru yang tertanam di lengan mangsa telah berjaya dikeluarkan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI