fbpx

[VIDEO] Lelaki masuk ruang solat wanita, pakai telekung curi beg jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV di masjid tersebut.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak menyamar sebagai wanita dengan memakai telekung sebelum mencuri beg jemaah di ruang solat wanita di sebuah masjid.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar awal pagi di Masjid Zaid Bin Haritsah, Sungai Mulia, Jalan Gombak di sini, semalam ketika sesi qiamullail.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) seperti dimuat naik di Facebook, Asal Gombak 2.0 hari ini, ketika jemaah wanita sedang menunaikan solat, suspek dipercayai masuk ke dalam masjid dengan berpakaian biasa sebelum menyelinap ke ruang solat wanita dan memakai telekung yang disediakan di situ.

“Kejadian awal pagi semalam di Masjid Zaid Bin Haritsah Sungai Mulia Jalan Gombak, ada kes kecurian beg tangan jemaah wanita di dalam masjid tersebut ketika mangsa sedang solat.

“Terkutuk sungguh pencuri ini, sampai sanggup pakai telekung! Kepada warga sekitar, sila ambil langkah berhati-hati,” kata pengendali akaun tersebut.

Dalam rakaman tular itu, suspek dilihat berpura-pura seperti jemaah lain yang ingin menunaikan solat.

Namun, selepas melihat keadaan agak lengang, dia mengambil kesempatan mencuri beg milik salah seorang jemaah wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI