fbpx

Peniaga, pengunjung gembira PM lawat Bazar Ramadan Kamunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengunjungi sebuah gerai di Bazar Ramadan Rahmah Kamunting di Taiping, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAIPING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk melawat dan beramah mesra dengan pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Kamunting di sini.

Anwar yang tiba pada pukul 6 petang, diiringi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta pemimpin setempat serta ketua jabatan dan agensi kerajaan untuk melawat bazar yang mempunyai 172 gerai peniaga.

Beliau malah sempat membeli beberapa juadah makanan yang dijual oleh peniaga di situ antaranya crepe daging rusa, ayam goreng, burger serta nasi dagang.

Rata-rata peniaga yang ditemui gembira dengan kehadiran Perdana Menteri yang sempat berbual dan berseloroh dengan beberapa peniaga.

“Perdana Menteri bertanyakan kepada saya dari mana saya dapat daging rusa. Saya kata ini daging rusa Perak,” kata seorang peniaga crepe daging rusa ketika ditemui selepas Anwar melawat dan membeli makanan di kedainya.

Perdana Menteri menghabiskan masa kira-kira 20 minit di bazar tersebut yang dipenuhi hampir 1,000 orang sebelum bergerak ke Sekolah Kebangsaan Dato Alauddin, Selinsing untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI