LARUT – Seorang lelaki maut setelah motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggangi bertembung dengan sebuah motosikal polis pengiring di Kilometer 5.3 Jalan Kubu Gajah-Selama di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, siasatan awal mendapati motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang datang dari arah Kubu Gajah.
“Mangsa, Mohd. Saharil Sahfiq Samat mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
“Anggota PDRM yang cedera dikejarkan ke Hospital Selama bagi mendapatkan rawatan manakala mayat mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE