fbpx

Tiger Woods bercinta dengan bekas menantu Trump?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Tiger Woods dan Vanessa Trump. - Foto The Daily Beast/Getty Images

WASHINGTON – Hubungan bintang golf, Tiger Woods dan Vanessa Trump yang merupakan bekas menantu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini sangat rapat, lapor akhbar New York Post semalam.

Sumber memberitahu akhbar itu secara eksklusif bahawa hubungan mereka ‘tidak terlalu serius’, namun menuju ke arah itu.

“Mereka mempunyai banyak persamaan. Mereka berdua sudah terbiasa dengan pemerhatian awam. Mereka tahu bagaimana untuk merahsiakan kehidupan peribadi” kata sumber itu.

Vanessa ialah bekas isteri Donald Trump Jr yang merupakan anak Presiden AS tersebut. 

Menurut akhbar New York Post, hubungan Vanessa, 47, dan Woods, 49, bermula sebagai sahabat tetapi berkembang menjadi sesuatu yang lebih mesra.

Akhbar Daily Mail sebelum ini melaporkan bahawa temu janji pertama mereka adalah pada Hari Kesyukuran, tahun lalu.

Menurut New York Post, hubungan itu kini menjadi sangat serius.

Tidak jelas bagaimana pasangan itu bertemu tetapi mereka berdua tinggal di Florida.

Anak perempuan sulung Vanessa, Kai Trump, adalah juga seorang pemain golf dan pernah bertanding dalam kejohanan selain kerap bermain bersama datuknya, Trump.

Kai, 17, dilaporkan bersekolah di sekolah yang sama dengan anak-anak Woods, Sam, 17 dan Charlie, 16. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI