RIYADH – Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial mengumumkan cuti Hari Raya Aidilfitri selama empat hari untuk sektor swasta dan bukan berasaskan keuntungan di Arab Saudi pada tahun ini, lapor portal berita Saudi Gazette.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu menandakan berakhirnya bulan Ramadan.
Kementerian itu berkata, cuti Aidilfitri akan bermula pada penghujung hari bekerja, Sabtu bersamaan 29 Mac ini dan akan berterusan selama empat hari.
Kementerian menyatakan, majikan wajib mematuhi apa yang telah ditetapkan dalam perenggan 2 Perkara 24 peraturan eksekutif Undang-undang Buruh.
Cuti empat hari itu bagi membolehkan pekerja meluangkan masa menyambut hari raya bersama keluarga dan orang tersayang masing-masing. – AGENSI