fbpx

Anak sakit, sambutan Aidilfitri ‘sendu’ sejak lapan tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAPIDAH bersama barang keperluan dapur yang disumbangkan oleh Kelab Media Kluang di kediamannya di Taman Orkid, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang ibu tunggal bersama dua anaknya menyambut Ramadan dan Syawal kelak dalam suasana ‘sendu’ sejak lapan tahun lalu, selepas kehidupan mereka dihimpit duka dan kesusahan.

Episod dialami keluarga tersebut bermula selepas seorang daripada anak Shapidah Shahed, 50, terlantar seperti mayat hidup selepas terlibat dalam kemalangan motosikal ketika berusia 16 tahun.

Shapidah berkata, anaknya Mohd. Zaki Hanapi, 24, yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil terlibat kemalangan ketika berkonvoi bersama rakan-rakannya ke Hutan Lipur Gunung Berlumut sekali gus ia mengubah seratus peratus kehidupannya.

Katanya, pada masa ini dia bergantung kepada pendapatan menjual kuih sejuk beku diusahakannya serta sarapan pagi, manakala seorang lagi anak lelakinya berusia 22 tahun bekerja sebagai penghantar makanan.

“Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara keseluruhan habis dibelanjakan untuk menanggung kos perubatan dan kesihatan Mohd. Zaki.

“Pendapatan menjual kuih sejuk beku dan sarapan pagi hanya sekadar mampu untuk menampung kos makanan harian keluarga,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan barang-barang keperluan dapur daripada Kelab Media Kluang (KMK) di kediamanya di No 10, Jalan Orkid 5, Taman Orkid disini.

Wanita itu berkata, sejak lapan tahun lalu, memang tiada persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, malah mereka berpuasa dengan memasak sendiri secara ala kadar. – KOSMO! ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI