fbpx

Kes HFMD meningkat lima kali ganda di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak Terengganu meningkat lebih lima kali ganda sejak awal tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, dan Kesihatan Terenganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sebanyak 533 kes HFMD dlaporkan di seluruh negeri berbanding cuma 100 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

“Kluster HFMD dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD.

“Setakat ini, sebanyak 10 kluster dilaporkan iaitu sembilan kluster berlaku di taska manakala satu lagi di tabika,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Wan Sukairi berkata, kes HFMD tertinggi direkodkan, di Kuala Terengganu dengan198 kes serta diikuti Kuala Nerus (66), Setiu (57), Dungun (55), Marang (47), Hulu Terengganu (45), Kemaman (38) dan Besut (27).

“Saya menasihatkan orang ramai khususnya ibubapa agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengawal dan menangani peningkatan kes HFMD.

“Jangan membawa kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan ke tempat awam bagi mengurangkan risiko penularan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI