fbpx

Zarul Solo samun kedai emas diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRISTOPHER (tiga dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, hari ini.

MELAKA – Seorang lelaki dikenali sebagai Zarul Solo diberkas kelmarin selepas dipercayai melakukan samun di kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Cheng, 9 Mac lalu.

Suspek berusia 46 tahun diberkas polis dalam satu serbuan di Rumah Pangsa Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek dikesan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian samun di kedai emas terlibat.

Katanya, jenayah samun itu dilakukan kira-kira pukul 3.45 petang dengan suspek berpura-pura menjadi pelanggan.

“Semasa pekerja menunjukkan tiga utas rantai emas, suspek bertindak pantas merampas barang kemas itu sebelum melarikan diri. Laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan siasatan dijalankan.

“Hasil siasatan lanjut ke atas suspek membawa kepada penahanan dua individu lain iaitu seorang wanita berusia 54 tahun yang bekerja di sebuah kedai pajak gadai serta seorang lelaki berusia 56 tahun pemilik kedai membeli barangan emas,” katanya dalam sidang akhbar di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek ditahan kerana dipercayai telah membeli barang kemas hasil samun, selain beberapa resit transaksi turut dirampas sebagai bahan bukti.

Christopher berkata, modus operandi suspek adalah dengan menyasarkan kedai emas yang tidak mempunyai pengawal keselamatan serta terletak berdekatan jalan utama bagi memudahkannya melarikan diri sekiranya dikejar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI