fbpx

Sindiket seleweng minyak masak subsidi di Jawi tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jegan (kiri) meneliti minyak masak bersubsidi yang dirampas di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi dengan nilai rampasan RM129,869, kelmarin.

Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, hasil risikan ke atas serbuan sebuah motolori yang mencurigakan di sekitar Jawi membawa ke serbuan di sebuah stor tidak berlesen kira-kira pukul 8.30 malam.

“Semasa serbuan dijalankan, pasukan penguat kuasa menemui enam lelaki tempatan sedang memotong paket minyak masak untuk memindahkan cecair itu ke dalam tangki Intermediate Bulk Container (IBC).

Katanya, pemeriksaan lanjut turut mendapati premis tersebut menyimpan minyak masak paket seberat 2,300 kilogram (kg) dalam bungkusan asal serta sejumlah plastik kosong yang telah dipotong.

“Cecair yang disyaki minyak masak
bersubsidi juga ditemui di dalam tangki IBC dengan anggaran berat 9,500 kg manakala tong drum plastik biru dengan anggaran berat 750 kg.

“Turut ditemui di lokasi ialah 11 unit tangki IBC berkapasiti 1,000 liter dan lima unit tong drum plastik berwarna biru.

“Pemeriksaan ke atas motolori terbabit mendapati ia mengandungi minyak masak bersubsidi seberat 1,200 kg yang disimpan dalam keadaan mencurigakan.

“Selain itu, pelbagai peralatan seperti pisau lipat, motor pam dan hos, bakul plastik pelbagai saiz, tong plastik hitam dan dokumen berupa resit bil elektrik atas nama seorang individu turut dirampas untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI