fbpx

Iklan Menara Eiffel dikritik kerana ‘bertudung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKLAN jenama pakaian Islam memaparkan Menara Eiffel bertudung. - Foto X

PARIS  – Satu klip video promosi baharu oleh jenama pakaian Belanda memaparkan Menara Eiffel di  Paris dalam keadaan ‘bertudung’ mendapat pujian netizen, lapor portal berita Middle East Eye semalam.

“Anda ingat ketika mereka (Perancis) mengharamkan tudung?”, demikian menurut kapsyen pada klip video itu.

Iklan itu dihasilkan oleh firma Merrachi yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan beragama Islam.

Sebahagian netizen memuji iklan tersebut sebagai pendekatan pemasaran kreatif dan bijak.

Seorang netizen menulis di laman Instagram: “Pengislaman Perancis. Sejujurnya, idea pemasaran ini benar-benar hebat.”

“Langkah berani! Merrachi mencabar norma fesyen dengan pemasaran kreatif,” kata  seorang pengguna media sosial lain. 

“Kakak hijab cantik Eiffel dan selamat datang ke Islam, saudari Eiffel,” tambah seorang lagi  netizen.

Namun, ia mendapat banyak kritikan sehingga ada yang meminta jenama tersebut diharamkan Perancis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI