fbpx

Alasan Kim Kibum tinggalkan Super Junior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM KIBUM

PENYANYI Kim Kibum tidak pernah bersuara tentang tindakannya membawa haluan sendiri, sekali gus meninggalkan kumpulan Super Junior.

Baru-baru ini, Kibum muncul dalam sebuah video yang dimuat naik dalam saluran YouTubenya dengan menampilkan kemunculan istimewa seorang anggota kumpulan itu, Heechul.

Sambil menikmati minuman dan makanan ringan, kedua-duanya berbual tentang memori lampau ketika sama-sama berjuang sebagai sebuah kumpulan.

Heechul berseloroh kepada Kibum dengan bertanya, adakah tindakan meninggalkan Super Junior kerana dibuli oleh anggota lain.

Jawab Kibum, dia sebenarnya berasa malu dan hilang keyakinan kerana tidak bagus dalam nyanyian.

“Saya rasa mahu mati dan malu mendengar nyanyian sendiri. Saya pernah minta bahagian nyanyian saya dibuang daripada lagu Super Junior.

“Sebab itu saya tinggalkan nyanyian dan mahu fokus terhadap lakonan,” jelasnya yang meninggalkan Super Junior pada 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI