fbpx

PM ambil berat tatakelola kewangan Mara – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil berat mengenai tatakelola tadbir urus dan pengurusan kewangan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara adalah sebuah konglomerat yang nilai aset di bawah pengurusannya hampir RM23 bilion.

“Ini benda yang besar, jadi sebab itu kita kena susun balik struktur kita yang kita sepakat dalam pemukiman kita yang lepas untuk mewujudkan jawatan baharu iaitu Timbalan Ketua Pengarah, Kewangan dan Perbendaharaan.

“Secara asasnya akan memainkan peranan sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO),” katanya pada Mesyuarat Majlis Mara petang kelmarin.

Terdahulu, Asyraf Wajdi berkata, beliau memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa Mara memberikan amanah berhubung tatakelola kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Menurut beliau, Muhammad yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mara diamanahkan untuk melihat keseluruhan tatakelola dan disiplin kewangan Mara.

“Kita tiada masa. Saya cakap terus terang, ikhlas. Kita nak pastikan institusi yang menjadi amanah orang Melayu ini tidak habis begitu sahaja.

“Tetapi kita kena wujudkan asas yang kuat. Jadi siapa pun selepas kita, ada asas yang betul-betul kukuh daripada segi kewangan, tadbir urus.

“Ini semua memerlukan satu ‘game plan’ yang bersifat ‘master plan’. Kita mahu melihat insitusi orang Melayu ini benar-benar dapat dipelihara dan dijaga,” katanya.

Beliau berkata, amanah datang dengan satu tanggungjawab yang besar dan Mara adalah institusi terakhir yang boleh dibanggakan untuk orang Melayu.

Justeru, katanya, pengurusan Mara perlu betul-betul memahami apa yang berlaku dibawah untuk menjiwai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI