fbpx

Penumpang beratur di atas sayap pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat American Airlines terbakar semalam. - AFP

WASHINGTON – Seramai 172 penumpang dan enam kru selamat keluar apabila pesawat American Airlines yang mereka naiki terbakar, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, negeri Colorado.

Rakaman video kejadian menunjukkan barisan penumpang berdiri di atas sayap Boeing 737-800 itu sambil memegang bagasi, manakala api muncul pada  bahagian bawah pesawat.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan(FAA) berkata,  penumpang menggunakan gelongsor kembung untuk turun  ke tanah.

Menurut FAA,  pihaknya akan menyiasat punca kejadian.

Penerbangan itu berlepas dari Colorado Springs menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas Fort Worth di Texas, kata FAA.

Pesawat itu bagaimanapun dilencongkan ke Denver sekitar pukul 17.15 malam (waktu tempatan) selepas kru  melaporkan terdapat getaran enjin, kata FAA.

Ia terbakar semasa mendarat di landasan.

American Airlines berkata, pesawat itu membawa 172 penumpang bersama enam anak kapal dan mereka telah dipindahkan dengan selamat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI