fbpx

Suntikan RM1.1 bilion bukan untuk selamatkan dua tiga orang kaya, kroni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PADANG RENGAS – Suntikan modal RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) bukan bertujuan untuk menyelamatkan dua tiga orang kaya atau kroni.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim mempertahankan keputusan kerajaan itu kerana ia tidak sama seperti mana tindakan menyelamat yang difahami selama ini.

Jelasnya, keutamaan kini adalah hendak membantu 2,000 pembekal serta vendor bersaiz kecil dan sederhana yang terkesan lebih-lebih lagi sebahagian besarnya merupakan kelompok bumiputera.

Muhammad Kamil (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan ramadan kepada penduduk dalam majlis yang diadakan di Padang Rengas semalam.

Tamba beliau, langkah ini telah melalui proses audit forensik dan dikenakan beberapa syarat antaranya perlu ada transisi pengurusan syarikat.

“Yang kita tentang dahulu itu ialah, mana mungkin kita izinkan bantuan diberikan dalam keadaan pengurusan utama (top figure) syarikat masih terima imbuhan kewangan yang besar. Walhal syarikat berada dalam keadaan parah.

“Ini (bantuan) tidak digunakan untuk menyelamatkan pemegang-pemegang saham atau kroni. Ini diberikan langsung untuk menyelesaikan hal-hal tertunggak melibatkan 2,000 pembekal atau vendor,” katanya semasa majlis berbuka puasa di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin 13 di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI