fbpx

Polis pengiring Ali Rustam cedera dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Tarmizi cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal, Melaka, malam tadi.

ALOR GAJAH – Seorang anggota polis pengiring kepada Yang di-Pertua (TYT) Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang terlibat dalam kemalangan di Bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, Lans Koperal Mohd. Tarmizi Manap, 50, yang bertugas di Cawangan Pengiring Trafik TYT Melaka sedang mengiringi konvoi dari Durian Tunggal ke Lapangan Terbang Batu Berendam sebelum motosikal Kawasaki 1400GTR tersebut dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton S70.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati pemandu Proton S70 berusia 51 tahun mengubah laluan ke kanan secara tiba-tiba sebelum merempuh motosikal mangsa.

Akibat pelanggaran itu, motosikal anggota polis itu hilang kawalan dan melanggar kereta Perodua Myvi dari arah bertentangan.

“Kemalangan itu menyebabkan anggota polis itu terjatuh dan mengalami luka di kaki serta tangan,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI