fbpx

Ismail Sabri tiba di SPRM untuk beri keterangan hari kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi memberi keterangan untuk hari kedua, hari ini.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Bera itu hadir untuk hari kedua bagi memberi keterangan dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.

Ismail Sabri hadir dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna gelap kira-kira pukul 8.46 pagi dengan diiringi polis pengiring.

Beliau sempat membuka tingkap kenderaan dan melambai ke arah wartawan dan jurugambar yang berada di luar pekarangan bangunan SPRM.

Media semalam melaporkan, Ismail Sabri selesai memberi keterangan lebih lima jam kepada SPRM

Media sebelum ini juga melaporkan Ismail Sabri sudah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama kira-kira lima jam, sehari selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Beberapa hari kemudian, empat individu termasuk dua bekas pegawai kanannya ditahan SPRM untuk siasatan lanjut.

Ia kemudiannya membawa kepada serbuan di tiga premis dengan penemuan wang tunai pelbagai negara berjumlah RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominium yang didakwa sebagai ‘safe house’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI