fbpx

Beras putih tempatan sudah ada dalam pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yang hadir pada Iftar Menteri Bersama Warga KPKM Inc. dan Santuni Dhuafa @ Kada di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan bekalan beras putih tempatan sudah mula memasuki dan dijual di pasaran di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihak kerajaan bagaimanapun akan mencari jalan penyelesaian agar masalah bekalan beras tersebut terus diatasi.

“Beras putih tempatan sudah ada di pasaran. Setakat ini, bekalan beras tempatan terkawal dan dibekalkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Masalah makanan di dalam dunia ini tidak akan selesai sehingga kiamat, tetapi kita akan mencari jalan penyelesaian buat sementara waktu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Iftar Menteri Bersama Warga KPKM Inc. dan Santuni Dhuafa @ Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sebuah hotel di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, orang ramai boleh mula mendapatkan beras putih tempatan bersubsidi pada harga RM26 bagi 10 kilogram (kg) bermula 1 Mac lalu.

Bekalan beras itu akan berada di pasaran sedia ada di seluruh Semenanjung dan turut dipasarkan di Program Jualan Rahmah Madani.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd. berkata, sebanyak 24 juta kampit beras akan berada di pasaran Semenanjung dalam tempoh enam bulan bermula Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI