fbpx

Pantai bertukar warna merah darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pantai bertukar menjadi merah selepas hujan di Pantai Perak dan Merah, Pulau Hormuz. - Foto hormoz_omid/Instagram

TEHRAN – Sebuah pantai di Iran bertukar menjadi merah seperti darah selepas hujan lebat, menyebabkan berita mengenainya tular di laman sosial, lapor akhbar New York Post semalam.

Kejadian berlaku di pantai Perak dan Merah, Pulau Hormuz, Teluk Parsi. 

“Pantai ‘berdarah’ ini mengejutkan semua orang,” tulis pemandu pelancong yang menggunakan nama hormoz_omid pada salah satu klip video fenomena itu di laman Instagram.

Dalam video tersebut, air berwarna merah dilihat menuruni tebing memasuki laut di tengah-tengah hujan lebat ketika sekumpulan pelancong berkumpul untuk menyaksikan kejadian aneh itu.

“Ia benar-benar sebuah pulau yang unik,” kata seorang netizen.

Seorang lagi memberi komen: “Kuasa Tuhan. Sungguh indah dan menakjubkan.”

Fenomena itu dilaporkan berlaku kerana tanah di pulau tersebut mengandungi jumlah oksida besi yang tinggi.

Malah, Hormuz dikenali sebagai ‘pulau pelangi’ kerana landskap kaleidoskopiknya yang disebabkan oleh lebih 70 mineral yang terdapat di dalamnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI