fbpx

Percubaan klinikal fasa 3 vaksin Covid-19 akhir bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Vaksin kajian atau vaksin SARS-CoV-2 yang diterima pada 23 Januari lalu akan dihantar ke semua tapak percubaan secara berperingkat mulai hari ini dengan peserta pertama percubaan klinikal fasa 3 vaksin Covid-19 dijangka bermula akhir Januari atau awal Februari depan.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, sebanyak sembilan hospital di seluruh negara akan terlibat di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dengan penglibatan 3,000 sukarelawan yang sihat dan berusia 18 tahun ke atas.

Katanya, sebanyak 50 peratus daripada jumlah sukarelawan itu akan menerima dua dos plasebo iaitu produk kajian yang serupa vaksin kajian tetapi tidak mengandungi antigen SARS-CoV-2 manakala baki 50 peratus lagi akan menerima dua dos vaksin tidak aktif.

“Penerima vaksin kajian atau plasebo akan diberi dua dos dalam tempoh selang 14 hari pada otot lengan atas dan diwajibkan menghadiri enam lawatan dalam tempoh dua bulan dan disusuli selama 13 bulan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Untuk rekod, KKM berkata, vaksin tidak aktif biasanya tidak memberi imuniti yang kuat seperti vaksin hidup menyebabkan beberapa dos diperlukan daripada semasa ke semasa untuk membina tindak balas imuniti terhadap penyakit Covid-19.

Katanya, antara contoh vaksin yang menggunakan virus tidak aktif ialah vaksin Hepatitis A, selesema, polio dan rabies.

Tambahnya, vaksin kajian adalah vaksin SARS-CoV-2 menggunakan platform vaksin tidak aktif yang dibuat daripada virus yang telah dimatikan menerusi proses fizikal atau kimia dan tidak berpotensi menyebabkan penyakit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI