fbpx

Lawatan mengejut bukan untuk cari kesalahan – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tiga dari kiri) merasmikan Majlis Peluncuran Kiosk Sentuhan Madani di KL Sentral hari ini.

KUALA LUMPUR – Warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak boleh menganggap lawatan mengejut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar baru-baru ini sebagai perkara negatif.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kakitangan JPJ perlu menganggap pemeriksaan mengejut itu sebagai dorongan untuk mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Kata Anthony Loke, beliau malah mengalu-alukan lebih banyak lawatan mengejut seperti itu bagi memastikan tahap kecekapan dan integriti jabatan terus diperkukuh.

“Ini bukan sekadar cabaran, tetapi juga sokongan kepada kita semua,” katanya pada Majlis Peluncuran Kiosk Sentuhan Madani di KL Sentral di sini hari ini.

Shamsul Azri pada 8 Mac lalu mengadakan lawatan mengejut ke JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen (JIM) di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuantan, Pahang.

KSN berpandangan perkhidmatan beberapa agensi kerajaan di UTC Kuantan perlu ditambah baik bagi melancarkan urusan di kaunter,.di samping memastikan isu melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi..

Antaranya perkhidmatan di kaunter JPJ perlu ditambah baik dengan penambahan kerusi menunggu serta penambahan kaunter disebabkan kesesakan orang ramai yang datang untuk memperbaharui cukai jalan.

Anthony Loke seterusnya berkata, pemantauan berterusan bukan untuk mencari kesalahan, tetapi sebagai sokongan kepada kakitangan dalam memberi perkhidmatan terbaik.

“Saya mengalu-alukan lebih banyak lawatan beliau. Mana-mana cawangan JPJ perlu sentiasa bersiap sedia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI