fbpx

[VIDEO] Pemandu Saga buat hal, pandu kereta lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video papan pemuka sebuah kenderaan menunjukkan kereta Proton Saga dipandu secara melawan arus.

ISKANDAR PUTERI – Satu rakaman video papan pemuka kenderaan (dashcam) pengguna jalan raya tular di media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu secara melawan arus petang tadi.

Video berdurasi 29 saat itu memaparkan kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2.39 petang di Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di sini.

Menerusi rakaman video itu, beberapa buah kenderaan termasuk treler bergerak dalam keadaan baik sebelum tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Saga dipandu secara melawan arus.

Pemilik dashcam kenderaan terbabit menjerit kerana terkejut. Kelihatan kenderaan sempat mengelak daripada berlaku kejadian yang tidak diingini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya sedang mengesan kenderaan terbabit termasuk pemandunya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI