fbpx

Jual batu nisan, kepok di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Mohamad Ibrahim ketika menunggu pelanggan di gerainya di Bazar Ramadan Marang kelmarin.

MARANG – Bazar Ramadan sinonim dengan penjualan makanan dan minuman untuk berbuka tetapi berbeza pula dengan Che Mohamad Ibrahim Che Ghani, 45, yang menjual batu nisan dan kepok kubur di Bazar Ramadan Marang, di sini.

Che Mohamad Ibrahim berkata, dia menyertai Bazar Ramadan Marang sejak 1 Ramadan lalu sebagai inisiatif mempromosikan perniagaan batu nisan dan kepok pusaranya.

“Saya berniaga menjual batu nisan dan kepok kubur di Rhu Muda, di sini sejak tiga tahun lalu.

“Tahun ini saya memberanikan diri mengambil satu tapak bazar Ramadan yang menjadi tumpuan ramai untuk menarik pelanggan berpotensi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, dia membawa sampel batu nisan dan kepok pusara selain memasang kain pemidang di gerainya di bazar Ramadan terbabit.

Katanya, walaupun nampak pelik dan dipandang sinis segelintir pihak, inisiatifnya berjaya menarik perhatian ramai.

“Saya percaya mungkin sebahagian pengunjung bazar Ramadan berhasrat memasang atau menukar kepok kubur arwah ahli keluarga masing-masing sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Alhamdulillah saya telah menerima 10 tempahan sejak 12 hari berniaga di Bazar Ramadan Marang ini,” katanya.

Tambahnya, terdapat ramai juga pengunjung lain yang berminat dengan mengambil nombor telefonnya.

“Saya gembira pendekatan luar kotak ini untuk mempromosikan perniagaan batu nisan dan kepok pusara diusahakan mula membuahkan hasil,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI