fbpx

F1: Hamilton mahu beri impak segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mengakui persiapan pasukan itu menjelang aksi pembuka tirai GP Australia berada pada tahap terbaik untuk dia memberikan impak segera. - AFP

MELBOURNE – Lewis Hamilton bersedia untuk mencipta impak besar dalam debutnya bersama Ferrari di Grand Prix Australia minggu ini dengan misi menamatkan dominasi Max Verstappen dan Red Bull dalam Formula Satu (F1).

Pelumba Britain berusia 40 tahun itu memasuki musim baharu dengan tekad untuk meraih kejuaraan dunia kelapan iaitu satu rekod yang akan meletakkannya sebagai pemandu F1 paling berjaya dalam sejarah.

Selepas beberapa tahun bergelut bersama Mercedes, perpindahannya ke Ferrari memberi harapan baharu kepada dirinya dan pasukan ikonik itu.

“Saya sangat teruja untuk ke perlumbaan pertama di Melbourne. Saya tidak sabar untuk berlumba dengan Ferrari.

“Semangat di sini luar biasa, sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Mereka mempunyai segala yang diperlukan untuk memenangi kejuaraan dunia, kini hanya tinggal untuk menyusun semua elemen dengan sempurna,” kata Hamilton.

Ferrari tampil sebagai pencabar serius selepas memenangi empat daripada enam perlumbaan terakhir di Albert Park, termasuk kejayaan tahun lalu oleh Carlos Sainz yang kini telah digantikan oleh Hamilton.

“Kami masih perlu memahami lebih banyak mengenai jentera ini, tetapi saya rasa ia cukup kuat untuk bersaing di barisan hadapan. Tahun ini adalah peluang terbaik Ferrari untuk kembali ke puncak,” tambah Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI