fbpx

EPL: Gyokeres namakan kelab yang ingin disertai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GYOKERES berjaya membuktikan kualitinya sehingga menjadi antara penyerang terbaik di Eropah ketika ini. - AFP

LONDON – Penyerang yang cukup sensasi di Eropah ketika ini, Viktor Gyokeres dilapor berminat untuk menukar destinasi kariernya ke England pada musim panas ini dengan tiga kelab menjadi pilihan.

Gyokeres berjaya mencipta nama sebagai antara penggempur terbaik bersama Sporting Lisbon sejak berhijrah dari Coventry City pada 2023 dengan meledak 43 gol dalam semua kejohanan musim lalu dan musim ini menjaringkan 39 gol dalam 40 aksi setakat ini.

Dia dikaitkan dengan penghijrahan ke Manchester United apabila bekas pengendali Sporting, Ruben Amorim membuat keputusan menerima tawaran sebagai pengurus di Old Trafford pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Sweden itu dilapor lebih berminat untuk mendengar tawaran daripada Liverpool, Arsenal dan Manchester City biarpun turut menarik minat Barcelona dan Paris Saint-Germain.

Liverpool yang hampir pasti untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan berpeluang menjulang Piala Liga Inggeris bakal memasuki proses rundingan dengan reputasi yang cukup kuat untuk membuatkan Gyokeres tertarik menyertai mereka.

Ketika ini, pengendali Liverpool, Arne Slot dilapor sudah ‘tawar hati’ untuk memberikan peluang kepada penyerang tunggalnya, Darwin Nunez yang dijangka meninggalkan Anfield pada jendela musim panas nanti.

Gyokeres sebelum ini juga memasang impian untuk menyertai City, namun juara EPL musim lalu bertindak mendapatkan khidmat Omar Marmoush pada Januari lalu untuk memberikan cabaran kepada Erling Haaland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI