fbpx

UCL: Tuah penalti memihak Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL meneruskan impian mereka memburu trofi UCL selepas berjaya mengatasi seteru setempat, Atletico untuk ke suku akhir. - AFP

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti mengakui cukup ‘penat’ menyaksikan para pemainnya terpaksa mengharungi tempoh permainan agak panjang sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Pada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik, awal pagi semalam, Atletico menang 1-0 untuk mengikat kedudukan 2-2 secara agregat sebelum Real lebih dominan untuk memenangi perlawanan dengan 4-2 menerusi penentuan penalti.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan kali ini, Ancelotti pantas memuji anak-anak buahnya yang masih kekal tenang biarpun gagal menampilkan prestasi terbaik pada perlawanan kali ini.

“Perlawanan yang sukar dan kami sendiri yang menjadikan perlawanan ini semakin susah. Jaringan yang mereka hasilkan nyata mengubah perlawanan kali ini di mana mereka berjaya bertahan dengan baik, manakala kami dilihat bergelut untuk melakukan serangan.

“Dalam kesukaran yang dihadapi kami masih mampu untuk mengheret perlawanan ini hingga sepakan penalti. Kami sudah biasa dengan perlawanan yang sukar dan kami sebenarnya memiliki impian besar untuk pertandingan ini.

“Layak ke suku akhir adalah perkara penting buat kami terutamanya ketika menentang pasukan lawan seperti Atletico. Amat memenatkan, tetapi kami boleh rasa gembira dengan kejayaan ini,” katanya.

Ancelotti juga menjelaskan dia sudah bersiap sedia untuk harungi cabaran lebih mencabar apabila Los Blancos dijadualkan menentang Arsenal di peringkat suku akhir, bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI