fbpx

Bekas ahli politik dihukum penjara 6 tahun kerana perdagang orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kemeja biru) ketika hadir di Mahkamah Sesyen George Town, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO! ONLINE

GEORGE TOWN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap bekas Pengerusi Penang Front Party (PFP), Datuk Ooi Khar Giap selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memperdagangkan manusia bagi tujuan eksploitasi kerja, tiga tahun lalu.

Khar Giap,57, yang juga bekas ahli politik serta pengarah syarikat berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap kesalahan terhadap Khar Giap, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan.

Mazdi dalam penghakimannya memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak mulai hari ini terhadap tertuduh. Bagaimanapun Mazdi membenarkan penangguhan hukuman penjara bagi tertuduh selepas meneliti rayuan peguam tertuduh.

Mazdi berkata, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan tertuduh didapati bersalah.

“Hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dikenakan selama enam tahun dan pertuduhan kedua pula dikenakan hukuman enam tahun.

“Hukuman berjalan serentak bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini dan permohonan pampasan daripada Timbalan Pendakwa Raya ditolak ,” katanya ketika penghakiman di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI