PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok berkongsi video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan muatan berat yang dibawa sebuah lori terjatuh di atas jalan.
Menerusi video yang dikongsi pemilik akaun @ejazainol, kejadian tersebut menyebabkan berlakunya gangguan lalu lintas.
“Tergerak hati tak follow (ekori) rapat, rupanya Allah nak lindung.
“Hati-hati ya semua, jangan follow rapat lori yang bawa barang! Semoga Allah lindung kita semua,” pesannya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan orang ramai berhubung situasi tersebut.
“Kenapa la driver (pemandu) lori ni tak secure barang tu betul-betul? Tak fikir bahayakan orang lain ke? Dah tu duduk pula tengah-tengah (jalan),” komen @Ciknurul.
“Allah gerakkan hati akak untuk elak daripada kejadian yang tidak diingini alhamdulillah,” kata @Ipannn. -KOSMO ONLINE!
@nrshhdaaaaaaaa Hati hati semua . Semoga allah sentiasa lindungi kita semua . Oh btw rasanya nak kena invest beli dashcam baru , hok ni tak nampak plate lori tu. Any suggestions? #dashcam #dashcamvideos #lori ♬ original sound – Eja zainol