fbpx

Afifa akhirnya meninggal dunia, mengikut ibu dan kakak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Tun Nur Ufaira Afifa (tengah) bersama arwah ibu (kiri) dan kakaknya.

HULU TERENGGANU – Seorang tukang kebun yang kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan pada bulan lalu bertambah hiba apabila anak bongsunya yang cedera parah dalam nahas sama turut meninggal dunia sebentar tadi.

Tun Nur Ufaira Afifa Tun Mohd. Khairul, 9, yang bertarung nyawa sejak 13 Februari lalu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada pukul 10.25 pagi.

Bapa saudara Tun Nur Ufaira Afifa, Ton Suffian Ton Ariffin, 46, berkata, anak saudaranya itu meninggal dunia di sisi bapanya, Tun Mohd. Khairul, 39.

“Hari ini genap sebulan kemalangan tersebut berlaku. Dia (Tun Nur Ufaira Afifa pergi (meninggal dunia) menyusul ibu dan kakaknya.

“Sepanjang tempoh sebulan berada di ICU, dia pernah membuka matanya dan dilihat mengalirkan air mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI