PETALING JAYA – ‘Besar ujian masak tahun ni’
Demikian kapsyen ditulis pempengaruh, Khairul Aming, menerusi video reaksinya terhadap gelagat pengguna di TikTok yang mencuba resipinya sepanjang bulan ramadan setakat ini.
Menerusi video Khairul Aming, dia menunjukkan rasa gembira kerana ramai yang berusaha untuk mencuba resipinya kali ini.
“Sepanjang lapan tahun buat video masak, saya rasa tahun ini paling menghiburkan tengok gelagat netizen masuk dapur dan memasak.
“Sebenarnya ramai buat menjadi kerana ribuan orang telah mencuba resipi yang dikongsikan cuma yang tidak jadi itulah yang masuk dalam FYP (for you page) sebab banyak engagement (penglibatan).
“Saya nak pesan tolong ikut resipi saya sebab penat R&D (penyelidikan dan pembangunan) cuma ada yang derhaka resipi, tolong saya merayu jangan derhaka,” ujarnya.
Rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Basic knowledge (pengetahuan asas) dalam memasak – minyak dik, letak minyak sikit,” komen pempengaruh, Auntie Purple.
“KA saya syorkan adakan kelas pemulihan bagi yang gagal ni,” komen @haafizs. -KOSMO ONLINE!
@khairulamingBesar ujian video masak tahun ni 😭