fbpx

Pensyarah ‘ratah’ pelajar ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pensyarah sebuah institut kemahiran ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan merogol pelajarnya di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pensyarah di sebuah institut kemahiran di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan memperkosa pelajar perempuannya pada akhir tahun lalu.

Lelaki berusia 38 tahun tersebut diberkas di sekitar daerah ini pada pukul 12.15 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, penahanan itu dibuat berdasarkan laporan polis dibuat mangsa pada pukul 3.38 petang, semalam.

“Remaja perempuan berusia 18 tahun berkenaan mendakwa dirogol oleh tenaga pengajarnya pada tahun lalu.

“Suspek telah ditahan pada tengah malam tadi. Beberapa barangan termasuk sebuah kereta turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, suspek telah ditahan reman selama enam hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes rogol berkenaan.

Beliau berkata, perintah reman itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini semalam.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Siasatan terperinci sedang dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI