fbpx

Lelaki ugut, acah pukul pengguna jalan raya dengan kayu dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar seorang lelaki bertenfkar dengan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya EDL, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Lelaki yang disyaki terlibat dalam video tular mengugut dan mengacah mahu memukul seorang individu menggunakan kayu di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL), di sini ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di kawasan Skudai, di sini, kira-kira 10.30 pagi, semalam.

“Siasatan yang dijalankan mendapati kes itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, Ahad lalu. Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana berang apabila mangsa yang memotong barisan semasa kesesakan lalu lintas.

“Pihak polis turut merampas sebatang rotan bersaiz besar yang digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raub, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan tidak dikehendaki.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI