fbpx

Absolut Bazaar 2025 kembali lebih meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada wakil peniaga yang membawa jenama masing-masing bergambar pada majlis pengenalan penaja Absolut Bazaar 2025 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR– Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 (Absolut Bazar 2025) yang  mendapat kerjasama daripada bank digital, Boost bakal memberi kelainan kepada pengunjung acara tersebut seiring dengan inisiatif negara menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai dalam kalangan para pelanggannya.

Menurut My Events International and Absolute and Management, penganjur festival tersebut, terdapat lebih 700 tapak reruai terlibat dalam acara selama empat hari yang akan bermula pada 21 Mac ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Melalui penyertaan tersebut termasuk usahawan yang berniaga di Mini Absolut Food Fest telah menjadikan ia sebagai acara tahunan terbesar berbanding edisi sebelum ini.

Festival ini turut mendapat sokongan daripada barisan penaja bersama yang terdiri daripada jenama terkemuka seperti GlamPick, Wardah, Kahf, Todak, Sugar Bomb, Isetan, Pos Malaysia, Bulan Bintang, Elrah Exclusive, Dally, Kunafa Aiwahhh, Mis-clarie, NIMS Adeliciousz, She Dazzle, Mira Gold, Blanco Fragrance, dan Lavvanya Beauty.

“Festival 2025 yang terbesar ini akan berjalan selama 66 jam tanpa henti, bermula 12 tengah hari pada 21 Mac hingga enam pagi pada 24 Mac dengan pelbagai tawaran aktiviti yang menarik,” jelasnya.

Kenyataan itu menjelaskan, pada tahun ini juga, pihaknya menyediakan pelbagai hadiah menarik dan lumayan kepada pengunjung.

“Pengunjung yang berbelanja dengan nilai minimum sebanyak RM500, mereka berpeluang memenangi sebuah kereta daripada jenama Proton.

“Kami berharap Absolut Bazar 2025 dapat berjalan dengan lancar dan membantu peniaga untuk mengembangkan perniagaan mereka selain daripada menarik ramai pengunjung,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI