fbpx

Dua ‘kaki lalok’ diberkas lari sekatan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki diberkas di lorong belakang Jalan Selasih, Sungai Abong, Muar selepas melarikan diri dikejar polis sejauh tujuh kilometer dalam kejadian pagi semalam.

MUAR – Cubaan dua lelaki tempatan meloloskan diri daripada polis tidak berhasil apabila dia diberkas selepas melarikan diri sejauh tujuh kilometer (km) dalam sekatan jalan di Jalan Pintasan di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dua suspek berusia 24 dan 34 tahun itu diberkas kira-kira pukul 9 pagi.

“Kejadian bermula apabila polis cuba memberhentikan kereta jenis Honda City yang dipandu suspek di Jalan Pintasan. Namun, kedua-dua suspek enggan berhenti bagi tujuan pemeriksaan dan terus memecut.

“Anggota polis kemudian mengejar suspek hampir 7km sehingga ke lorong belakang Jalan Selasih, Taman Selasih, Sungai Abong sebelum menahan suspek di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI