fbpx

Ismail Sabri tiba di SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri Yaakob tiba di SPRM dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sebentar tadi bagi memberi keterangan dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

Ahli Parlimen Bera itu hadir dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna gelap kira-kira pukul 9.46 pagi dengan diiringi polis pengiring.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pemimpin itu akan memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan Ismail Sabri sudah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama kira-kira lima jam, sehari selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Beberapa hari kemudian, empat individu termasuk dua bekas pegawai kanannya ditahan SPRM untuk siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI