fbpx

[VIDEO]Sekumpulan individu bergaduh di tengah jalan disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan pergaduhan melibatkan beberapa individu menaiki dua buah Perodua Myvi tular di media sosial.

PETALING JAYA – Polis menyiasat kejadian pergaduhan yang tular di Instagram melibatkan beberapa individu menaiki dua buah Perodua Myvi di daerah Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan video berkenaan pada pukul 2.40 petang, Selasa lalu.

“Hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram updateinfo11 memaparkan beberapa individu menaiki dua buah kereta keluar daripada kenderaan masing-masing.

“Berlaku pukul-memukul antara satu sama lain seperti di pautan https://www.instagram.com/p/DHC_IxHT7Ln./,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, hasil semakan Pusat Media Kontinjen Selangor, terdapat laporan polis yang dibuat berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar menjaga tingkah laku dan tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang.

“Kami juga menyeru orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat dan sahih berkenaan kejadian tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by updateinfo11 (@updateinfo11)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI