fbpx

[VIDEO] Lelaki baju biru ‘langgar wanita’ ditahan, dakwa diri gersang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar tindakan seorang lelaki mencabul wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan di Temerloh.

TEMERLOH – Perbuatan seorang lelaki mencabul pengunjung wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan di sini dengan alasan sudah lama tidak ‘bersama’ kerana mendakwa menghidap HIV positif ditahan polis semalam.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 20 saat yang tular dalam media sosial, suspek berjalan kaki di bazar Ramadan sebelum melanggar pengunjung wanita dan mengambil kesempatan mencabul.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, suspek berusia 41 tahun ditangkap orang awam pada pukul 5.30 petang sebelum ditahan semula oleh pihak polis.

Katanya, pihak polis turut menerima laporan daripada mangsa selepas video perlakuan suspek tular dalam media sosial.

“Mangsa pertama melaporkan dia dicabul oleh suspek pada 6 Mac lalu, manakala mangsa kedua dan ketiga pula pada 10 Mac lalu.

“Ketiga-tiga mangsa menyatakan dia dicabul ketika berjalan untuk membeli juadah berbuka. Suspek melanggar badan mangsa dengan kasar dan sengaja menyentuh dada serta punggung menggunakan tangan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal mendapati modus operandi suspek adalah berjalan dan dengan sengaja melanggar badan mangsa sebelum menyentuh bahagian badan mereka.

“Suspek mengaku terlibat dalam kes itu dan memaklumkan dia mencabul mangsa kerana sudah lama tidak bersama wanita disebabkan dirinya menghidap HIV positif sejak 13 tahun lalu,” katanya.

@zackrazbundle Kejadian harini 11/3 2025 hati-hati dengan pakcik baju biru cair pakai topi ! #sexualharassmen ♬ original sound – Zack

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI