fbpx

[VIDEO] Penumpang cemas dengar bunyi letupan dalam tren LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di TikTok memaparkan para penumpang cemas selepas mendengar bunyi letupan di dalam tren laluan LRT Kelana Jaya, malam tadi.

PETALING JAYA – Penumpang yang berada di dalam tren laluan LRT Kelana Jaya gempar dan dikejutkan dengan bunyi letupan dalam kejadian lewat malam tadi.

Rakaman kejadian yang berlaku sekitar pukul 10.30 malam itu turut tular di media sosial menunjukkan para penumpang menjerit ketakutan.

Berdasarkan rakaman video dikongsi pengguna TikTok @Kimikimi, kedengaran letupan kecil berlaku ketika penumpang berada di dalam tren yang sedang berhenti.

“Aku kat luar matt time ni.. nak amik lrt ke Gombak dari Abdullah Hukum.

“Depan mata meletup, terkejut aku time ini…ingatkan mercun,” @HakimNasir.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam pemakluman di Facebook Rapid KL berkata, kerja-kerja baik pulih telah selesai dijalankan dan perkhidmatan tren kini beroperasi seperti biasa.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran anda,” katanya.

Sebelum itu, Rapid Rail memaklumkan perkhidmatan tren LRT sedang mengalami kelewatan dan tren alternatif diaktifkan berikutan daripada gangguan teknikal di antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum dijangka sehingga tamat waktu operasi.-KOSMO! ONLINE

@user_20012201Train meletup, alhamdulillah everyone is okay🤲🏻♬ original sound – Kimikimi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI