fbpx

Panel dinding LRT Masjid Jamek runtuh akibat hujan ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan panel dinding di stesen LRT Masjid Jamek yang runtuh akibat hujan lebat petang tadi.

KUALA LUMPUR – Panel dinding stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek di sini dilaporkan runtuh ekoran hujan dan ribut melanda ibu negara petang tadi.

Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam kenyataannya berkata, insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.

Katanya, perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail.

“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat,” katanya.

Rapid Rail berkata, anggota polis bantuan tambahan ditempatkan di stesen berkenaan bagi melancarkan pergerakan penumpang.

“Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang ketika ini.

“Sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini menerusi media sosial Rapid KL,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI