fbpx

PATI disaran guna program Repatriasi Migran pulang ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution ketika meluncurkan Op Khas Pagar Laut di atas KM Tun Fatimah

 

KLANG – Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingin pulang menyambut Aidilfitri disarankan mengikuti Program Repatriasi Migran yang akan dilanjutkan sehingga tahun depan berbanding promosi sindiket.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui promosi pulang secara haram dilakukan sindiket itu mudah dan dapat menarik sasaran pelanggan mereka.

“Tetapi kita nak bagi amaran bahawa seluruh kawalan pintu masuk negara dikawal 24 jam. Jadi, kita gesa mereka ini kalau berhajat pulang ke Kampung agar menggunakan program Repatriasi ini.

“Kita sebenarnya dengan Indonesia akan lanjutkan repartasi penghantaran pulang yang sepatutnya tamat April ini telah kita lanjutkan sehingga 2026. Itu hasil kunjungan saya ke Jakarta, minggu lepas.

“Bermaksud mereka yang lakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen, tampilkan diri dan bayar denda, kompaun kemudian mereka boleh balik. Yang itu lebih terjamin dan selamat berbanding guna ejen dan sindiket,”katanya pada sidang akhbar selepas meluncurkan Operasi Khas Pagar Laut Siri 1/2025 di atas Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah.

Saifuddin Nasution memberitahu, Op Khas Pagar Laut antara sasarannya adalah mengekang sebarang penyeludupan migran terutama pada musim perayaan.

“Justeru, kalau mereka sudah berada di sini dan ketika kita bersifat ihsan, sebaiknya mereka tampil, bayar kompaun dan kemudian mereka uruskan balik dengan secara sah.

“Abaikan iklan sebegitu sebab mereka tidak boleh lepas dari operasi sempadan dilakukan di darat laut dan udara,” katanya.

Jelas beliau, berdasarkan rekod sebanyak RM120 juta berjaya dikutip menerusi bayaran kompaun pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI