fbpx

Pokok ‘selamatkan’ wanita jatuh dari tingkat 14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita cedera selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah kondominium. - Foto Pattaya Mail

BANGKOK – Seorang wanita di Pattaya, Thailand selamat selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah kondominium setelah mendarat di atas pokok, lapor portal berita Pattaya Mail semalam.

Pengawal-pengawal keselamatan yang melakukan rondaan pada awal pagi menemukan mangsa yang cedera selepas dia terjatuh di atas pokok di kawasan taman.

Dia yang dikenali sebagai Eiw, 19, mengalami kecederaan parah termasuk pendarahan dalam mulut dan patah tulang. 

Anggota kecemasan memberikan pertolongan cemas sebelum menghantarnya ke hospital terdekat.

Seorang pengawal keselamatan kondominium itu melaporkan bahawa wanita berkenaan dan teman lelakinya yang merupakan warga asing, terlibat dalam satu pertengkaran. 

Semasa rondaan rutin, pengawal menyedari wanita itu berdiri di balkoni tingkat 14 sebelum dia terjatuh di atas pokok di taman.

Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI