fbpx

Amaran hujan lebat, ribut petir di seluruh Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagi Kelantan, cuaca buruk di ramalkan di Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

“Kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat di Perak adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.

“Bagi Sarawak, antara kawasan yang diramalkan terlibat adalah Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, dan Marudi),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran sama dikeluarkan bagi Sabah melibatkan kawasan pedalam (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Pulatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI