fbpx

Lelaki tamatkan permainan Super Mario paling pantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Niftski mencatatkan rekod untuk individu terpantas menamatkan permainan video Super Mario Bros. - Guinness World Records

WASHINGTON – Seorang lelaki dari Amerika Syarikat menempa nama dalam Guinness World Records selepas menamatkan permainan video Super Mario Bros dalam masa cuma 4 minit dan 54.56 saat, lapor agensi berita United Press International. 

Pemain permainan video yang hanya dikenali sebagai Niftski mencatatkan rekod bagi individu terpantas menamatkan permainan video Super Mario Bros.

Menurutnya, kejayaan itu hasil daripada bermain permainan video keluaran Nintendo Entertainment System tersebut selama beberapa tahun. 

Dia turut bermain selama berjam-jam untuk memperbaiki tekniknya bagi mengatasi setiap helah dan cabaran dalam permainan keluaran tahun 1985 itu. 

“Saya menghabiskan kira-kira 90 peratus masa untuk berlatih, manakala 10 peratus lagi untuk berlatih menamatkan permainan secara pantas. 

“Saya percaya ia adalah sebab mengapa saya boleh berjaya sejauh ini,” tambah Niftski. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI