fbpx

894 laporan diterima berkaitan Zamri Vinoth – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri Vinoth

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima 894 laporan polis membabitkan penceramah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.

Laporan polis itu diterima selepas Zamri didakwa menghina agama Hindu di Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya sudah pun merujuk kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara (AGC) semalam bagi tindakan lanjut.

“Kita sedang menunggu arahan daripada AGC berkaitan kes terbabit. Setakat ini, sebanyak 894 laporan polis diterima ke atas Zamri Vinoth di seluruh negara,” katanya.

Sabtu lalu, media melaporkan polis telah merakam keterangan berkaitan laporan daripada pengadu berusia 48 tahun di Iskandar Puteri, Johor berkaitan hantaran dimuat naik di Facebook milik Zamri Vinoth yang didakwa menghina agama Hindu.

“Pengadu mendakwa posting tersebut seperti ‘sebut Vel vel tak la sampai hilang nyawa org tetapi apa yang berlaku di kuil Seafield tu pernah jadi penyebab Nyawa Adib Hilang!’

“Susulan itu, kita menjalankan siasatan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Terdahulu, dalam satu hantaran di laman sosial Facebook Zamri, beliau menyifatkan penganut Hindu dalam upacara kavadi ketika Thaipusam, sebagai ‘macam orang kena rasuk sambil mabuk todi’.

Bagaimanapun hantaran asal sudah pun diturunkan oleh pihak Facebook kerana didakwa mempersenda upacara kavadi mengikut kepercayaan Hindu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI