fbpx

‘Tak balik raya’ Umairah jatuh cinta pandang pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARU setahun jagung dalam industri, Umairah kini beroleh momen istimewa muncul dengan lagu raya yang boleh disifatkan menyengat berjudul Tak Balik Raya.

MENJADI artis pertama naungan SN Legacy Sdn. Bhd., penyanyi remaja yang mengukir nama, Umairah tidak ketinggalan merancakkan suasana sambutan lebaran tahun ini apabila muncul dengan single raya berjudul Tak Balik Raya.

Tak Balik Raya menampilkan lirik mengenai dilema seseorang yang terpaksa menyambut hari raya berjauhan dengan keluarga kerana bekerja.

Lagu berkenaan bukan sahaja menyampaikan emosi rindu dan sayu tetapi menyuntik elemen kegembiraan dengan melodi yang segar.

Menurut Umairah, Tak Balik Raya menceritakan realiti sebenar yang dialami anak rantau setiap kali menjelang musim perayaan.

Biarpun liriknya menyentuh hati tetapi ada nada memujuk dengan kemajuan teknologi terkini, anak-anak masih dapat menghubungi keluarga dengan pelbagai cara seperti menelefon atau membuat panggilan video.

“Lagu ini mudah melekat dalam kepala dan sejak mengeluarkan teaser atau petikan awal lagu ini, saya menerima komen positif daripada warganet. Saya juga terharu dengan sokongan yang diberikan kepada saya sebagai artis baharu dalam industri muzik,’’ ujar penyanyi yang bergelar juara kategori vokal (junior) di World Championships Of Performing Arts 2024 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Tak Balik Raya merupakan lagu dan lirik ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito.

Seakan-akan jatuh cinta pandang pertama, demo lagu raya yang diberikan beberapa bulan lalu telah menambat hati Umairah.

“Saya tidak menunggu lama untuk bersetuju memilih dan merakamkan lagu ini. Muzik dan emosi lagu ini juga sesuai dengan usia remaja saya,’’ tambah Umairah.

Video muzik Tak Balik Raya arahan Rifaiee Rio dilancarkan secara rasmi menerusi saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada 7 Mac lalu.

Menerusi video muzik tersebut, Umairah turut menampilkan penari pengiring yang terdiri daripada rakan-rakannya di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.

Umairah segaja mahu berkongsi bakat dan memberikan peluang kepada rakan-rakan yang berbakat dan belajar dalam bidang tari di sekolahnya.

Lagu Tak Balik Raya mendapat kepercayaan pihak Universal Music Sdn.Bhd. sebagai pengedar yang turut membantu mempromosikan lagu itu terutamanya pada bulan Ramadan dan Syawal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI