fbpx

[VIDEO] Lelaki balik hari KL-JB naik ‘flight’ hantar kuih raya pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dengan tiket ditaja oleh pelanggannya semata-mata mahu menghantar kuih raya.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan sanggup menaja tiket kapal terbang pergi balik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru kepada seorang pengusaha kuih raya semata-mata mahu mendapatkan tempahannya di tangan sendiri.

Menerusi hantaran di aplikasi X @najimjimjim, dia menceritakan pengalaman pertama kali menghantar biskut kepada pelanggan istimewa tersebut dengan menaiki pesawat.

“Pertama kali hantar kuih raya naik pesawat balik hari dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. ‘Customer’ (pelanggan) sanggup bayar tiket pesawat, kita okey saja.

“Pesawat 45 minit sahaja, tiket murah waktu itu bawah RM100 tak silap,” katanya menerusi hantaran di aplikasi tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak menolak kemungkinan kuih raya dibuat lelaki itu sedap sehingga menyebabkan ada pelanggan yang sanggup menaja tiket penerbangan.

“Sedap sangat tu kalau sanggup bayarkan tiket pesawat,” ujar seorang pengguna X yang turut bertanyakan tempahan biskut lelaki tersebut.

“Mesti sedap kuihnya. Gigih ‘customer’ minta hantar guna pesawat,” kata seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI